Air kencing berwarna kuning selepas mengambil vitamin B-Kompleks
Saya sering juga
menerima soalan tentang kenapa air kencing berwarna kuning selepas
mengambil vitamin B-Kompleks. Kuning yang dimaksudkan di sini ialah
kuning yang terang, macam warna vitamin B-Kompleks tu.
Berikut merupakan warna air kencing dan faktor penyebabnya :
Kuning Pucat - normal
Kuning Cerah / Terang – akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
Kuning Gelap – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B-Kompleks
Coklat - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah berkaitan hati
Oren - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax, vitamin C
Keruh / Putih susu - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)/penyakit batu karang
Merah atau Pink – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan
Biru atau Hijau – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome
Berdasarkan panduan
di atas, jika warna urin adalah terang, ia adalah sesuatu yang normal.
Ini terjadi kerana B-Kompleks merupakan vitamin larut air dan kehadiran
B2 (Riboflavin) di mana molekulnya berwarna kuning. Pada peringkat awal
pengambilan B-Kompleks, perubahan warna air kencing adalah perkara biasa
dan lama-kelamaan akan kembali seperti sediakala dengan syarat
pengambilan air adalah mencukupi. Jika kuning gelap pula, anda harus
meningkatkan pengambilan air. Jika selainnya, anda perlu mendapatkan
pemeriksaan lanjut daripada doktor.
No comments:
Post a Comment