Kalsium untuk ibu hamil dan menyusu
Kalsium sering
dikaitkan dengan gigi, tulang dan sebagainya. Sebenarnya, banyak lagi
kepentingan kalsium yang perlu kita tahu, terutamanya untuk ibu hamil
dan menyusu. Kali ini saya ingin kongsikan satu artikel yang sangat
menarik tentang kalsium yang dipetik daripada Kosmo Online.
............................................................................................................
Kurangkan komplikasi semasa meneran
APABILA bercakap
mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali
merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran
tulang. Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan
tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan
mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian
mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan
pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat
kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat
melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.
“Saya terkejut
apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada
ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium
dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik,
potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi
Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu
semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap
agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.
Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan
agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet
tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75
peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi
dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada
semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata
beliau. Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga
1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat
yang diperlukan orang dewasa.
Ia
bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak
satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang
mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula
yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa. “Jika
ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat
banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju,
dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi
menggantikan susu. “Selain
produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi
zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah
satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah,
walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu
mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu. Kalsium
yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi
ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi
secara fizikal. Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah,
menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu
berlakunya kontraksi.
“Banyak
penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang
disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium
yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala
tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi. Secara
amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa
dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling
ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar
khususnya di akhir tempoh kehamilan. Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang
mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan
kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap
osteoporosis dan pada kadar lebih cepat. Untuk mengesan jisim dan
densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik
umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan
sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium
dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga
hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga
tiga peratus.
“Itupun sudah
dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus?
Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium
oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.
“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu
juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian
kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain
proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang
paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu
yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak
supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun
daripada sumber semula jadi.
............................................................................................................
Setelah baca
artikel ini, baru saya sedar tentang kepentingan kalsium semasa hamil
dan menyusu. Masa mengandung dulu, saya kurang mengambil berat tentang
pengambilan kalsium, susu pun jarang-jarang minum. Akibatnya, 3 batang
gigi saya hilang sepanjang tempoh menyusukan Khadijah. Sayangnya. Tapi
nak buat macam mana. Masa tu belum tahu tentang Shaklee. Untuk kehamilan
seterusnya saya pasti akan mengambil Ostematrix a.k.a pil kalsium. Tak
mahu dah hilang gigi.
Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan mengenai produk :
muhammad lukman
ID NO 946456
SMS/Telefon : 013-3742911
E-mail :bestnaturalvitamins@gmail.com
Facebook : Muhammad Lukman Cahaya Keimanan