Cara Untuk Lebih Langsing Dalam Masa Sebulan
Bercakap
tentang langsing atau kurus, saya pasti semua orang nak kan? Kecuali
untuk yang underweight. Tapi, masalahnya bukan mudah nak turunkan berat
badan ni. Dan yang lebih susah lagi kalau nak kurus atau langsing dalam
masa yang singkat.
Tapi when
there's a will, there's a way. Terdapat beberapa perkara yang perlu
diubah dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Kunci kejayaannya ialah
konsisten dalam melakukan perubahan tersebut sehinggalah anda melihat
hasilnya. Di sini dikongsikan cara untuk lebih langsing dalam masa sebulan dengan menjaga diet anda :
Langkah 1
Banyakkan
pengambilan protein dalam diet seperti daging, telur, ikan dan kekacang.
Satu keping roti mempunyai nilai kalori yang hampir sama dengan satu
hidangan dada ayam, namun pengambilan dada ayam membuatkan anda kenyang
dua kali ganda berbanding dengan roti.
Langkah 2
Elakkan
pengambilan fast carbs dalam diet. Fast carbs ialah makanan dengan
glisemiks indeks (GI) yang tinggi terutamanya makanan terproses. Contoh
fast carbs ialah nasi, roti, pasta, makanan bergoreng, gula-gula dan
ubi kentang. Sebaliknya, lebihkan pengambilan slow carbs seperti
sayur-sayuran, susu, kekacang contohnya kacang soya dan bijirin. Makanan
ini tidak akan meningkatkan paras insulin dalam darah secara mendadak
dan memberi rasa kenyang lebih lama.
Langkah 3
Mulakan
rutin pemakanan yang sama. Makan makanan yang sama sepanjang minggu
merupakan cara yang paling mudah untuk mengelak godaan terhadap makanan.
Cari hidangan makanan yang sihat yang anda gemari dan nikmatinya.
Mungkin menunya agak membosankan, namun lama-kelamaan anda akan terbiasa
dengannya.
Langkah 4
Makan
dalam kuantiti yang sedikit tapi lebih kerap. Ambil 4 hingga 6 hidangan
sehari berbanding 3 hidangan makanan berat yang biasa diamalkan. Makan
dengan lebih kerap juga meningkatkan kadar metabolisme tubuh.
Langkah 5
Jangan
'minum' kalori. Jangan ingat makanan sahaja mempunyai kalori. Kalori
juga terdapat dalam secawan kopi. Atau segelas Milo. Secawan kopi
mempunyai 60 kcal dan segelas Milo mempunyai 150 kcal. Jika anda boleh
mengurangkan minuman yang berkalori tinggi, lebih cepat untuk anda mencapai
berat badan idaman. Contoh minuman yang bebas kalori ialah air kosong
atau air mineral iaitu 0 kalori. Jadi anda tahu apa yang perlu anda buat
kan?
MUHAMMAD LUKMAN
Shaklee Independent Distributor
ID 946456
SMS/Telefon : 013-3742911
E-mail :bestnaturalvitamins@gmail.com
Facebook :Muhammad Lukman Cahaya Keimanan
No comments:
Post a Comment